Saya telah mengikuti satu Kursus Bagi Guru-Guru Prasekolah Daereah Kuching.
Salah satu slotnya adalah membina Bahan Bantuan Mengajar.
BBM yang dihasilkan sesuai untuk digunakan untuk aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
Ia boleh dilaksanakan secara berpasangan dan berkumpulan.
Di sini, saya sertakan beberapa BBM yang sempat saya ambilkan gambarnya.
BBM tersebut telah dihasilkan oleh beberapa kumpulan. Antaranya:
1. Permainan Kad Selak.
Kemahiran: operasi tambah
2. Permainan Roda Impian
Kemahiran: mebaca perkataan
3. Permainan Roda Impian
Kemahiran: mengenal nombor 1-10
4. Permainan Pok Pok Tang
Kemahiran : mengenal simbol nombor dan mengira bilangannya.
Semoga contoh-contoh BBM di atas boleh membantu guru-guru sekalian.
No comments:
Post a Comment